Kejayaan Revolusi Iran 1979 berjaya mengasaskan buat pertama kalinya sebuah 'Republik Islam' yang dipimpin para ulama, setelah jatuhnya Khilafah Islamiah Usmaniah pada 1928.
Akhirnya, setelah lebih daripada separuh abad lamanya, umat Islam berjaya mendirikan semula Khilafah bukan di negara Ahlussunnah tetapi di Iran, yang menjadi pusat Syiah semenjak kurun ke-16 Masihi.
Adakah Republik Islam Syiah tersebut benar-benar Islam atau lanjutan semata-mata daripada Kerajaan Syiah Safawi yang membunuh dan memaksa jutaan rakyat Iran yang Ahlussunnah (serta Syafii dari segi fiqh) pada kurun ke-16 hingga menjadi Syiah beberapa tahun kemudiannya? Mengapakah Kerajaan Safawi menukarkan ibu pemerintahan mereka ke Isfahan, tempat yang akan menyaksikan kemunculan Dajjal?
Gerakan Turki Muda 1908 yang menjatuhkan Kerajaan Usmaniah diketuai oleh orang-orang Yahudi rahsia (antaranya Mustafa Kamal 'Ataturk') yang 'memeluk' Islam beberapa kurun dahulu setelah pemimpin utama mereka, Shabtai Zvi dipaksa memeluk Islam atau dibunuh (oleh seorang Sultan Usmaniah). Mereka dikenali sebagai 'Donomeh' semenjak bertukar agama secara 'rasmi' kepada Islam.
Orang-orang Yahudi Donomeh berjaya merahsiakan keyahudiaan mereka daripada pengetahuan awam dengan mempraktikkan ajaran-ajaran Islam seperti solat lima waktu dan puasa secara terbuka dan dengan penuh kesungguhan, walaupun masih mengamalkan agama Yahudi di belakang tabir.
Berbalik kepada Revolusi Iran, kita paparkan selanjutnya artikel (dalam bahasa Inggeris) daripada seorang ulama Ahlussunnah dari Iran yang menerangkan dengan jelas pengalaman-pengalamannya sebelum dan selepas Revolusi, serta segala pahit maung yang dihadapi para ulama Ahlussunnah di bawah pemerintahan kuku besi Syiah ala Khomeini. Kita harap para aktivis Islam terutamanya para pengagum Khomeini di dalam PAS serta di Universiti Malaya dapat membaca dengan hati terbuka artikel ini. Kita seharusnya ingat tentang ramalan Baginda s.a.w. yang Dajjal akan muncul dari Isfahan, Iran dengan 70,000 orang Yahudi (Sahih Muslim).
Sila ke sini.
Abu Hurairah Al-Malizi
No comments:
Post a Comment