JAKIM menerbitkan sebuah buku bertajuk Penjelasan terhadap fahaman Syiah untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
Umat Islam di tanahair perlu disedarkan tentang segala kesesatan Agama Syiah, memandangkan semakin berkembangnya agama ini di kalangan para intelektual terutamanya di Universiti Malaya.
Revolusi Iran 1979 berjaya mengembangkan serta mengukuhkan pengaruh Syiah di Malaysia, dengan mengeksploitasikan semangat para aktivis Islam yang ikhlas dalam usaha mereka untuk membina semula Negara Islam, tetapi jahil tentang selok belok akidah serta manhaj para salaf.
Sesungguhnya, akidah perkara pertama yang ditekankan Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat, lama sebelum Baginda s.a.w. mengasaskan Negara Islam di Madinah. Terburu-buru membina Negara Islam tanpa penekanan terhadap akidah murni yang dibawa para generasi terawal Islam (salafussalih) merupakan satu bidaah, dan berpotensi menghancurkan Islam dalam jangka masa panjang.
Kita mesti kembali kepada Kitab Allah serta Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan fahaman generasi terawal Islam; kata-kata para ulama yang datang kemudian tidak seharusnya menjadi sandaran walau seramai manapun pengikut mereka atau setinggi manapun kedudukan mereka dalam parti (Islam).
Abu Hurairah Al-Malizi
No comments:
Post a Comment